Monday, June 6, 2011

(Jejaka Muka Jambu)JMJ 9214 125Wave X TERNODA



6 june 2011, 0845, location simpang empat larkin berhadapan mutiara motor larkin. Suatu kejadian yang tidak di ingini telah berlaku terhadap penunggang Ducati Monster JMJ 9214..Walaupun superbike ini boleh memecut dengan kelajuan yang tinggi tetapi kemalangan yang berlaku bukan lah disebabkan oleh kelajuan tetapi masalah cengkaman tayar dan permukaan track yang basah dan berminyak merupakan punca utama kemalangan berlaku..

Mangsa kejadian saudara Al Amirul 21 berkata, "saye menunggang motor dengan penuh berhemah dan mematuhi rukun negara yang ke5 iaitu kesopanan dan kesusilaan tetapi malang tidak berbau, ketika saya hampir ke simpang trafic light dan ingin memberhentikan kenderaan kerana lampu merah di trafic light, apabila saya menekan break belakang,kenderaan yang saya tunggangi bergoyang kekiri dan kanan bermula dari bahagian tayar belakang dan menyebabkan saya hilang kawalan dan terus terseret lebih kurang 10meter bersama motor dengan kaki kiri dihempap motor."

 katanya lagi, "apabila saya jatuh dan betul2 jatuh berhadapan dengan kenderaan yang berhenti untuk menuggu lampu hijau, saya agak terkilan kerana pemandu kenderaan itu hanya melihat saya tanpa keluar dari kereta dan menghulurkan bantuan, tanpa saya memikirkan pasal bantuan orang saya terus mengangkat motosikal tersebut untuk diletakkan ke tepi..tetapi malang lagi sekali, engine motor tersebut masih lagi hidup dan mempunyai gear yang berfungsi.sekali lagi motor itu terpelanting dan menyeret saya kali ke 2 dan motosikal tersebut masuk ke longkang, syukur alhamdulillah masih lagi terselamat" kemudian ada seorang india menunggang motosikal dan menghampiri saudara amirul sambil bertanya, "allo kawan baru accident ka? sikijap saya tolong" alhamdulillah as human being tanpa mengira agama dan bangsa kita perlu saling tolong menolong.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT:
"SEMEMANGNYA SELAKU MANUSIA KITA PERLU SALING TOLONG-MENOLONG DAN BERTIMBANG RASA, SAYA TIDAK MENYALAHKAN PEMANDU KERETA YANG TIDAK MAHU KELUAR UNTUK MENOLONG SAYA, TETAPI CUBA PEMANDU TERSEBUT BERADA DITEMPAT SAYA, DAN APAKAH PERASAAN YANG AKAN TIMBUL DENGAN SIKAP YANG SEDEMIKIAN? JADI RENUNG2KAN LAH YANG BAIK DI JADIKAN TELADAN YANG JAHAT DIJADIKAN SEMPADAN"

gambar will b

Karnival Idola Johor 2011 JB




Pada 25 hingga 29 Mei yang lepas telah pn berlangsung karnival Idola Johor..yang bertempat di tempat parkir kereta berhampiran Plaza Angsana Johor Bahru.. Karnival ini berlangsung selama 5 hari..dan menyajikan perlbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, Sudah pasti kalau namanya karnival tak terlepas dengan kehadiran artis-artis tanah air bagi menarik minat lebih ramai pengunjung mengunjungi Karnival Idola Johor (KIJ)..

Di antara artis2 yang terlibat, seperti Alya, Rahmat Mega, Along & Angah Raja Lawak, Iron will & Efree Osman (pro magician from Singapore),Merah(singapore), Virus Cinta (singapore) dan Artis baru di bawah naungan Ezsmix, Afiqa Alwanis (penyanyi lagu tema KIJ "biru merah").

Macam biasalah setiap karnival ada pro dan kontranya, memandangkan KIJ ini berlangsung selama 5 hari dan 3 hari pertama berlangsung pada hari persekolahan iaitu hari rabu,khamis dan jumaat, jadi pada 3 hari yang pertama ini pengunjungnya agak kurang dan mungkin penggerai2 KIJ mula mengeluh..TETAPI! apabila KIJ mula diserikan dengan kehadiran dan persembahan2 artis serta magician , masa itu lah penggerai mula tak cukup tangan dan tersenyum lebar..mungkin bermandikan duit kot.



Tujuan KIJ ini diadakan adalah untuk mencari bakat penyayi serta seorang penghibur yang berkebolehan dan bakatnya dicungkil dari Negeri Johor..Walaupun KIJ ini diadakan di negeri Johor sahaja, tiada masalah bagi peserta2 bukan dari Johor  yang berminat untuk menyertai pertandingan Bakat Idola Johor kerana tiada syarat untuk tidak membenarkan peserta wajib berasal dari Johor. Idola Johor ini terbuka kepada peserta yang berusia dari umur 15 hingga 35 tahun, yuran penyertaan yang dikenakan hanya RM40 ringgit berbaloi dengan hanya RM40 anda mungkin akan merangkul hadiah yang berjumlah RM50,000 bagi juara Idola Johor beserta akan menjadi artis rakaman Ezsmix.

Bagi Menjayakan KIJ,Ezsmix dan Al-Kausar Solution telah bersetuju untuk berganding bahu selaku penganjur Karnival. KIJ ini akan terus berlangsung sehingga ke bulan Disember dan selepas ini akan diadakan di dataran Muar..jadi jumpa anda disana!!!