Pada 25 hingga 29 Mei yang lepas telah pn berlangsung karnival Idola Johor..yang bertempat di tempat parkir kereta berhampiran Plaza Angsana Johor Bahru.. Karnival ini berlangsung selama 5 hari..dan menyajikan perlbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, Sudah pasti kalau namanya karnival tak terlepas dengan kehadiran artis-artis tanah air bagi menarik minat lebih ramai pengunjung mengunjungi Karnival Idola Johor (KIJ)..
Di antara artis2 yang terlibat, seperti Alya, Rahmat Mega, Along & Angah Raja Lawak, Iron will & Efree Osman (pro magician from Singapore),Merah(singapore), Virus Cinta (singapore) dan Artis baru di bawah naungan Ezsmix, Afiqa Alwanis (penyanyi lagu tema KIJ "biru merah").
Macam biasalah setiap karnival ada pro dan kontranya, memandangkan KIJ ini berlangsung selama 5 hari dan 3 hari pertama berlangsung pada hari persekolahan iaitu hari rabu,khamis dan jumaat, jadi pada 3 hari yang pertama ini pengunjungnya agak kurang dan mungkin penggerai2 KIJ mula mengeluh..TETAPI! apabila KIJ mula diserikan dengan kehadiran dan persembahan2 artis serta magician , masa itu lah penggerai mula tak cukup tangan dan tersenyum lebar..mungkin bermandikan duit kot.
Tujuan KIJ ini diadakan adalah untuk mencari bakat penyayi serta seorang penghibur yang berkebolehan dan bakatnya dicungkil dari Negeri Johor..Walaupun KIJ ini diadakan di negeri Johor sahaja, tiada masalah bagi peserta2 bukan dari Johor yang berminat untuk menyertai pertandingan Bakat Idola Johor kerana tiada syarat untuk tidak membenarkan peserta wajib berasal dari Johor. Idola Johor ini terbuka kepada peserta yang berusia dari umur 15 hingga 35 tahun, yuran penyertaan yang dikenakan hanya RM40 ringgit berbaloi dengan hanya RM40 anda mungkin akan merangkul hadiah yang berjumlah RM50,000 bagi juara Idola Johor beserta akan menjadi artis rakaman Ezsmix.
Bagi Menjayakan KIJ,Ezsmix dan Al-Kausar Solution telah bersetuju untuk berganding bahu selaku penganjur Karnival. KIJ ini akan terus berlangsung sehingga ke bulan Disember dan selepas ini akan diadakan di dataran Muar..jadi jumpa anda disana!!!
No comments:
Post a Comment
komen anda.sangat dihargai.
kondem anda sangat menyakitkan hati.