Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari IBU!!!!

Hari Ibu di sambut berbeza-beza di seluruh dunia... untuk mengetahuinya boleh la click pada link wikipedia ni...
IBU?MAMA?EMAK?UMMI?MOM?AMMA?
dan pelbagai lagi gelaran untuk insan yang telah melahirkan kita..
Bagi anda yang masih ada ibu bersyukur lah dan berterima kasih banyak2 kepada Allah kerana anda masih lagi berpeluang untuk merasakan belas kasihan dari seorang ibu..Ibu sudah pasti meinginkan yang terbaik untuk anaknya..sejahat2 ibu yang telah melahirkan anda sama ada berbapa atau pun tidak..dia tetap ibu anda..dia yang melahirkan anda..selagi ibu anda tidak mengarahkan anda untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan hukum Allah swt.

Pepatah orang melayu ada mengatakan "Menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga anak seorang"nampak tak ape maksud yang ingin saya terangkan dalam pepatah diatas..???memang betul jaga lembu memang mudah sebab ape??sebab...dia lembu..hehehe..kalau nak jaga manusia ni / lebih tepat anak..bermacam2 ragam yang perlu kita ikuti dan banyak memainkan sentimen hati dan perasaan...kadang2 ibu terlalu mengatur perjalanan hidup anaknya dan menyebabkan anaknya memberontak..tetapi ingatlah wahai anak2 yang masih lagi boleh mendegar leteran ibu..."ibu menginginkan yang terbaik untuk anaknya" hargailah beliau selagi ia masih ada..selagi anda masih lagi boleh berfikiran waras...tolong lah jangan sesekali jadi anak yang durhaka..terkadang penulis juga pernah melakukan khilaf..kerna apa yang ingin disuarakan selalu disangkal dan disalah ertikan..tetapi selaku anak yg bijak dan sayangkn sebuah institusi kekeluargaan segala perkara yg boleh menimbulkan perbalahan dan berantakan perlulah diselesaikan dengan segera..dengan pendekatan yang paling efektif. seperti bawa berbincang..dan menguraikan segala persoalan,keraguan,dan kecurigaan..secara penuh demokrasi terpimpin...insyaallah berhasil.."sebab tulah saya bilang tadi..jage lembu lagi senang daa.."

syurga dibawah telapak kaki ibu..
cuba dengar dan hayatilah lagu ini...

syurga adalah suatu tempat yang diidam2 oleh semua makhluk dimuka bumi ini untuk kehidupan di hari akhirat kelak...tetapi....kenapakah tempat yang paling mulia disisi Allah swt..dirawikan dalam hadith terletak ditelapak kaki ibu? dan apakah kesahihan hadith tersebut...??menurut kajian saya...secara informal..melalui majalah,buku ilmiah dan internet..
dari hadits Mu’awiyah bin Jahimah, bahwa Jahimah datang menemui Nabi Muhammad s.a.w dan berkata, ”Wahai Rasulullah saya berkeinginan untuk turut berperang, dan saya datang untuk bermusyawarah dengan anda?” Maka beliau menjawab, ”Apakah engkau memiliki ibu?” Dia menjawab, ”Iya.” Beliau lalu bersabda, ”Tetaplah engkau bersamanya, karena surga berada dibawah kedua kakinya.”
untuk kesahihan yang lebih lanjut boleh terus ke link ini Dokter Pengobatan Nabawi di sana ade menghuraikan dengan lebih detail...

Saya ada pernah mendegar ceramah dari seorang ustaz muallaf yang pada mulanya beragama hindu dan telah diberikan hidayah untuk memeluk islam dan lebih mendalami ilmu islam..apa yang saya tertarik dengan beliau, beliau ada mengatakan.."kadang2 saya rasa sedih kerana dalam keluarga saya..saya sahaja yang convert ke agama Islam..dan saya sedih x dapat bawa ibu saya untuk memeluk islam..sehinggalah kenafasnya yang terakhir..tetapi untuk menenagkan hati saya,walaupun ibu yang melahirkan saya..tetapi Allah swt yang menciptakan saya, Allah lebih berkuasa dari segala perkara"...

Ingatlah..seburuk2 dan sejahat2 ibu kandung anda..dia tetap ibu yang melahirkan anda..jadilah anak yang Soleh sentiasa mendegar cakap ibu dan bapa "selagi ianya tidak bercanggah dengan perintah dan larangan ALLAH swt"

Akhir sekali..video yang setiap anak perlu lihat:
BABY SAYANG MAMA!!!!!
SAMPAI AKHIR HAYAT TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGGANTIKAN MAMA!


No comments:

Post a Comment

komen anda.sangat dihargai.
kondem anda sangat menyakitkan hati.