Wednesday, January 4, 2012

akan mula menulis

bismillah,

salam blogku stg, dh lme sy x update story mory psl life sy apakah keadaan saya pd masa ni, almaklumlah sy dh bekerjaya dan agak ketandusan serta kemalasan utk berbeloger, tambahan pula lappy sy sudah jahanam daa..insyaaalah story akan menyusul x lama lg!

Monday, June 6, 2011

(Jejaka Muka Jambu)JMJ 9214 125Wave X TERNODA



6 june 2011, 0845, location simpang empat larkin berhadapan mutiara motor larkin. Suatu kejadian yang tidak di ingini telah berlaku terhadap penunggang Ducati Monster JMJ 9214..Walaupun superbike ini boleh memecut dengan kelajuan yang tinggi tetapi kemalangan yang berlaku bukan lah disebabkan oleh kelajuan tetapi masalah cengkaman tayar dan permukaan track yang basah dan berminyak merupakan punca utama kemalangan berlaku..

Mangsa kejadian saudara Al Amirul 21 berkata, "saye menunggang motor dengan penuh berhemah dan mematuhi rukun negara yang ke5 iaitu kesopanan dan kesusilaan tetapi malang tidak berbau, ketika saya hampir ke simpang trafic light dan ingin memberhentikan kenderaan kerana lampu merah di trafic light, apabila saya menekan break belakang,kenderaan yang saya tunggangi bergoyang kekiri dan kanan bermula dari bahagian tayar belakang dan menyebabkan saya hilang kawalan dan terus terseret lebih kurang 10meter bersama motor dengan kaki kiri dihempap motor."

 katanya lagi, "apabila saya jatuh dan betul2 jatuh berhadapan dengan kenderaan yang berhenti untuk menuggu lampu hijau, saya agak terkilan kerana pemandu kenderaan itu hanya melihat saya tanpa keluar dari kereta dan menghulurkan bantuan, tanpa saya memikirkan pasal bantuan orang saya terus mengangkat motosikal tersebut untuk diletakkan ke tepi..tetapi malang lagi sekali, engine motor tersebut masih lagi hidup dan mempunyai gear yang berfungsi.sekali lagi motor itu terpelanting dan menyeret saya kali ke 2 dan motosikal tersebut masuk ke longkang, syukur alhamdulillah masih lagi terselamat" kemudian ada seorang india menunggang motosikal dan menghampiri saudara amirul sambil bertanya, "allo kawan baru accident ka? sikijap saya tolong" alhamdulillah as human being tanpa mengira agama dan bangsa kita perlu saling tolong menolong.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT:
"SEMEMANGNYA SELAKU MANUSIA KITA PERLU SALING TOLONG-MENOLONG DAN BERTIMBANG RASA, SAYA TIDAK MENYALAHKAN PEMANDU KERETA YANG TIDAK MAHU KELUAR UNTUK MENOLONG SAYA, TETAPI CUBA PEMANDU TERSEBUT BERADA DITEMPAT SAYA, DAN APAKAH PERASAAN YANG AKAN TIMBUL DENGAN SIKAP YANG SEDEMIKIAN? JADI RENUNG2KAN LAH YANG BAIK DI JADIKAN TELADAN YANG JAHAT DIJADIKAN SEMPADAN"

gambar will b

Karnival Idola Johor 2011 JB




Pada 25 hingga 29 Mei yang lepas telah pn berlangsung karnival Idola Johor..yang bertempat di tempat parkir kereta berhampiran Plaza Angsana Johor Bahru.. Karnival ini berlangsung selama 5 hari..dan menyajikan perlbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, Sudah pasti kalau namanya karnival tak terlepas dengan kehadiran artis-artis tanah air bagi menarik minat lebih ramai pengunjung mengunjungi Karnival Idola Johor (KIJ)..

Di antara artis2 yang terlibat, seperti Alya, Rahmat Mega, Along & Angah Raja Lawak, Iron will & Efree Osman (pro magician from Singapore),Merah(singapore), Virus Cinta (singapore) dan Artis baru di bawah naungan Ezsmix, Afiqa Alwanis (penyanyi lagu tema KIJ "biru merah").

Macam biasalah setiap karnival ada pro dan kontranya, memandangkan KIJ ini berlangsung selama 5 hari dan 3 hari pertama berlangsung pada hari persekolahan iaitu hari rabu,khamis dan jumaat, jadi pada 3 hari yang pertama ini pengunjungnya agak kurang dan mungkin penggerai2 KIJ mula mengeluh..TETAPI! apabila KIJ mula diserikan dengan kehadiran dan persembahan2 artis serta magician , masa itu lah penggerai mula tak cukup tangan dan tersenyum lebar..mungkin bermandikan duit kot.



Tujuan KIJ ini diadakan adalah untuk mencari bakat penyayi serta seorang penghibur yang berkebolehan dan bakatnya dicungkil dari Negeri Johor..Walaupun KIJ ini diadakan di negeri Johor sahaja, tiada masalah bagi peserta2 bukan dari Johor  yang berminat untuk menyertai pertandingan Bakat Idola Johor kerana tiada syarat untuk tidak membenarkan peserta wajib berasal dari Johor. Idola Johor ini terbuka kepada peserta yang berusia dari umur 15 hingga 35 tahun, yuran penyertaan yang dikenakan hanya RM40 ringgit berbaloi dengan hanya RM40 anda mungkin akan merangkul hadiah yang berjumlah RM50,000 bagi juara Idola Johor beserta akan menjadi artis rakaman Ezsmix.

Bagi Menjayakan KIJ,Ezsmix dan Al-Kausar Solution telah bersetuju untuk berganding bahu selaku penganjur Karnival. KIJ ini akan terus berlangsung sehingga ke bulan Disember dan selepas ini akan diadakan di dataran Muar..jadi jumpa anda disana!!!


Tuesday, May 31, 2011

Ustaz Rozam Here


Salam,


I was shocked to see, ustaz rozman and his family eat at my stall ..
at first ustaz did not recognize me .. but eventually he remembered well .. He is a lecturer in Arabic when I was in a 4th semester, Thank you for coming .. if there is a leisure please come again .. and don't be shy ye....=)

Friday, May 27, 2011

IMAM MUDA suatu fenomena "aku sedar"



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati



Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah


Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah


Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


lagu: Hambamu
lagu tema Iman Muda
penyanyi: akhil hayy feat Mawi

Bismillah,
Dari bait2 lirik lagu yang puitis yang penuh dengan makna tersurat dan tersirat yang sangat mendalam..dan dengan alunan irama muzik yang sangat sajak untuk liriknya,aku rase tertarik dan menyintai lagu ini...

Dalam lirik lagu ini jelas terpancar maksud kita selaku Hamba Allah yang maha esa..setiap perkara yang ingin kita lakukan perlulah Lillahitaala..."kerana Allah taala"..kepada Allah jua lah tempat kita memohon bantuan..untuk mengecapi segala keinginan hidup di dunia dan akhirat kita sering kali akan diuji..dan kadang kita tertewas degan ujian yang tak diduga..jadi hanya kepada Allah lah tempat untuk kita berserah..

Aku juga insan yang lemah..setiap insan ingin kan kebahagiaan..kadang kita sangkakan ianya kebahagiaan tetapi sebenarnya ianya hanya ujian untuk mengecapi kebahagiaan yang hakiki..samada kita berjaya mengharungi segala ujiannya dengan penuh taqwa atau pun tidak..

Alhamdulillah aku mula SEDAR..memang manusia banyak melakukan kesilapan...aku juga tidak terlepas dari melakukan ke khilafan keatas diriku dan juga terpalit ke insan lain,aku sedar dan aku sudah mula menigkatkan imanku kembali.. HAWA NAFSU!!! ..adalah merupakan KUDA SYAITAN..apa yang jadi pada seekor kuda yang dibela untuk kejalan kemungkaran..?sudah pastu tuan yang menunggangnya akan mengikuti kuda tersebut ke arah yang dilaknat ALLAH dan  selaku penunggang bagaimanakah caranya untuk memberikan arahan supaya kuda tersebut kejalan ALLAH??? ...ayuh kita fikirin jawapannya sejenak.......................................................................................................
sudah dapat jawapanya??? Ya aku juga fikirkan begitu..kita perlulah berusaha dengan tidak meninggalkan doa agar niat kita direstui-Nya..mudah2 dengan segala usaha kita untuk mengecapi nikmat kebahagiaan hidup didunia dan akhirat bersama dapat direalisasikan dengan menjadi Islam yang beriman..


Aku bersyukur dilahirkan sebagai Muslim dan aku berusaha untuk menjadi Mu'min yang sejati.INSYAALLAH.


ayuh doa bersamaku:
Bismillah
"Ya-Allah, ya-tuhan kami yang Maha Agong, tuhan semesta alam, Engkau tetapkan lah iman kami, dan tingkatkanlah keimanan kami agar aqidah kami tidak terpesong dan terjerumus melakukan larangan-MU, Engkau pandukanlah kami kejalan yang lurus yaitu jalan yang engkau redhai,Ya-Allah,kau ampunilah segala dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami,dan dosa rakan2 kami yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia, samada dosa kecil atau pun besar,samada disedari ataupun tidak"
-amin ya-robbalalami-